UtamaMengenai SUKSESDasar Pentadbiran & Pengurusan Sekolah

Dasar Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah

  • PDF
  • Print
  • E-mail

KOMITMEN GURU

Antara komitmen guru yang perlu diberikan perhatian ialah :

  1. Panduan Perkhidmatan Cemerlang dan Tatasusila Profesion Perguruan hendaklah sentiasa menjadi panduan dan amalan semua guru
  2. Membaca dan memahami falsafah, matlamat dan objektif sekolah serta sentiasa berusaha untuk mencapai objektif tersebut
  3. Guru adalah satu profesion dan berusaha menjaga imejnya.
  4. Melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan,kejujuran dan bertanggungjawab.
  5. Anggaplah pelajar-pelajar yang diajar dan dididik sebagai ANAK SENDIRI dan AMANAH yang masa depan mereka dipertanggungjawabkan kepada guru.
  6. Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan imej kepimpinan dinamis dan kecekapan menjalankan tugas.
  7. Elakkan perilaku yang dianggap bertentangan dengan tatasusila profesion perguruan seperti ponteng tugas, pecah amanah, penyelewengan, cuai dan sebagainya.
  8. Berusaha meningkatkan prestasi dan nama baik sekolah dengan sedia bekerjasama dengan semua anggota masyarakat sekolah dan luar sekolah.

 

WAKTU HADIR BERTUGAS

  1. Guru bertanggungjawab hadir disekolah pada jam 7.15 pagi.
  2. Guru bertanggungjawab menandatangani buku kehadiran guru semasa datang dan semasa balik.

 

PAKAIAN DAN PERSONALITI

  1. Guru hendaklah memakai pakaian yang kemas mengikut peraturan yang ditetapkan (Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/850) serta melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan.
  2. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas disekolah, majlis rasmi sekolah dan tugas rasmi di luar sekolah.
  3. Memakai pakaian sukan atau baju-T tidak dibenarkan semasa mengajar di kelas, mesyuarat sekolah dan majlis rasmi sekolah.
  4. Guru lelaki mestilah memakai tali leher sepanjang dalam tugas rasmi kecuali dalam keadaan tertentu seperti pengajaran PJK dan di bengkel.
  5. Pakaian dan personaliti guru termasuk rambut hendaklah sentiasa keadaan kemas supaya menjadi contoh yang baik kepada pelajar.
  6. Pada hari Jumaat, guru lelaki Islam digalakkan memakai pakaian kebangsaan lengkap.

 

URUSAN PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN

  1. Guru bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat-maklumat perkhid-matan dan perjawatan dengan Pembantu Tadbir (Perkhidmatan Dan Penjawatan ) yang meliputi aspek pelantikan, kursus induksi, pengesahan jawatan pergerakan gaji, rekod cuti dan sebagainya.
  2. Guru bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat-maklumat perkhid-matan dan perjawatan dalam Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (SSMP/EMIS) dan Sistem Maklumat Staf (SMS)


KELUAR SEKOLAH DALAM WAKTU BERTUGAS

  1. Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa bertugas kecuali atas sebab-sebab perlu seperti arahan daripada PPD / JPN atau hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan.
  2. Guru yang perlu keluar dalam masa bertugas hendaklah memaklumkan sendiri kepada Pengetua/wakilnya untuk mendapatkan kebenaran.
  3. Setelah mendapat kebenaran, guru perlu mengisi maklumat dalam Borang Pemohonan Keluar Dalam Waktu Bertugas untuk pengesahan dan rekod Pengetua / wakilnya. Surat sokongan seperti surat panggilan mesyuarat mestilah disertakan (jika ada).

 

URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR BERTUGAS

  1. Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan mematuhi arahan-arahan / pekeliling-pekeliling berkaitan kebenaran berbagai jenis cuti dan tidak hadir bertugas.
  2. Dalam keadaan biasa, guru layak mengambil cuti rehat 7 hari dengan syarat pemohonan cuti itu mestilah dipohon terlebih awal dengan mengemukakan borang pemohonan cuti rehat dan mendapat kebenaran pengetua/wakilnya.
  3. Guru yang sakit, perlu mendapat rawatan di hospital / klinik dan menyerahkan sijil sakit yang sah dari klinik / hospital kerajaan / swasta kepada pengetua / wakilnya.
  4. Jika tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab kecemasan, guru mesti menghubungi sendiri pengetua / wakilnya melalui telefon dengan segera antara 7.00 pagi hingga 7.20 pagi.
  5. Guru yang mendapat cuti tanpa rekod, perlu mengemukakan surat kebenaran cuti tanpa rekod dari pihak yang memberikan cuti itu untuk pengesahan pengetua / wakilnya dan mengemukakan borang cuti tanpa rekod yang telah dilengkapkan. Pemohonan ini akan dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Johor untuk kelulusan / pengesahan. [ Cuti Tanpa Rekod akan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan ]
  6. Bagi guru wanita yang akan cuti bersalin, perlu mengemukakan Borang Cuti Bersalin yang kemaskini bagi tujuan rekod dan rujukan perkhidmatan.

Nota : Guru wanita yang akan cuti bersalin dikehendaki :

  • Menyediakan bahan-bahan pembelajaran seperti kertas-kertas nota / latihan / latih tubi untuk diberikan kepada pelajar dalam tempoh cuti bersalin. Bahan yang telah disediakan hendaklah diserahkan kepada GPK untuk tindakan.
  • Memberitahu pengetua / setiausaha peperiksaan dalaman jika cuti bersalin bertindih dengan waktu peperiksaan supaya urusan peperiksaan seperti kertas soalan, skema jawapan dan sebagainya dapat diuruskan.
  • Memberitahu pengetua / wakilnya tentang Guru Pengganti jika menjadi Guru Kelas.

[ Maklumat lanjut tentang cuti, sila rujuk Lampiran Pekeliling ]

 

BUKU REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR

  1. Buku Rekod Mengajar adalah penting berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab guru di sekolah.
  2. Maklumat-maklumat dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah dikemaskinikan dari semasa ke semasa yang meliputi :
  • Butiran diri
  • Jadual waktu persendirian / kelas
  • Sukatan pelajaran
  • Rancangan pelajaran tahunan, dan harian.
  • ujian / peperiksaan
  • Soalan ujian / peperiksaan.
  • Maklumat lain yang perlu.
  1. Buku Rekod Mengajar mesti dihantar ke pejabat sekolah untuk penyeliaan pengetua / wakilnya pada setiap hari Jumaat sebelum / pada 12.00 tengah hari.
  2. Buku Rekod Mengajar akan digunakan untuk tujuan rekod dan pencerapan pengajaran-pembelajaran di bilik darjah.
  3. Buku Rekod Mengajar wajib diserahkan kepada pengetua / wakilnya pada hari terakhir persekolahan untuk tujuan rekod, simpanan dan pamantauan ( jika ada ).

 

PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH

  1. Guru bertanggungjawab menjaga alatan atau harta benda sekolah dan menggunakannya dengan betul mengikut peraturan-peraturan semasa menggunakannya di sekolah.
  2. Penggunaan / pinjaman alatan / harta benda sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran guru penjaganya dan pinjaman / penggunaan / pulangan hendaklah direkodkan.
  3. Alatan / harta benda sekolah yang dipinjam / diguna hendaklah dipulangkan dengan segera.
  4. Guru mesti memaklum dan mengganti / membaiki kerosakan alatan / harta benda sekolah yang dipinjam / digunakan.
  5. Guru tidak dibenarkan membawa balik ke rumah alatan / harta benda sekolah untuk kegunaan peribadi.

 

MENGHADIRI TAKLIMAT DAN MESYUARAT

  1. Guru wajib menghadiri taklimat / mesyuarat yang diadakan oleh Pengetua / wakilnya / jawatankuasa-jawatankuasa diperingkat sekolah.
  2. Jika tidak dapat menghadiri taklimat / mesyuarat atas sebab tertentu, guru perlu memberitahu Pengetua dengan mengemukakan alasan bertulis.
  3. Semua mesyuarat diperingkat sekolah hendaklah dijalankan secara profesional dan teratur.

 

WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD berkaitan jadual waktu.
  2. Guru yang mengajar mesti berada di kelas atau di tempat mengajar seperti makmal sains mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
  3. Guru tidak dibenarkan membuat kerja-kerja lain seperti menaip soalan peperiksaan, membaca akhbar dan sebagainya dalam masa pengajaran dan pembelajaran.
  4. Guru tidak boleh meninggalkan kelas dan murid kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti dipanggil oleh Pengetua.
  5. Guru bertanggungjawab memastikan dan mendapatkan maklumat kehadiran semua pelajar sebelum memulakan pengajaran dan pem-belajaran di kelas.
  6. Guru bertanggungjawab memastikan pelajar tidak keluar dari kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan kecuali atas sebab-sebab yang penting.
  7. Keselamatan pelajar dalam waktu pengajaran dan pembelajaran adalah tanggungjawab guru.
  8. Guru mesti sentiasa ingat bahawa waktu luang (free period) adalah masa bekerja dan perlu digunakan dengan cara yang betul seperti memeriksa buku latihan pelajar.
  9. Loceng akan berbunyi mengikut waktu yang ditetapkan.

 

JADUAL GURU GANTI ( RELIEF )

  1. Guru dikehendaki mematuhi jadual ganti dan berada di kelas sebagaimana diarahkan Pengetua / wakilnya.
  2. Jadual ganti dianggap sebagai waktu kerja / mengajar dan menjalankan proses P&P jika bertugas di kelas yang guru berkenaan mengajar sesuatu mata pelajaran.
  3. Jika diarah mengajar di sesuatu kelas bagi menggantikan guru cuti bersalin, guru berkenaan hendaklah mematuhi arahan tersebut. Proses P&P hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar.

 

SURAT-SURAT PEKELILING / ARAHAN

  1. Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan pekeliling Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD.
  2. Surat arahan / salinannya yang diberikan kepada guru hendaklah dibaca, difahami dan diambil tindakan sewajarnya.Urusan surat menyurat rasmi sekolah hendaklah menggunakan sistem fail surat menyurat sekolah.
  3. Apabila diarah melaksanakan sesuatu tugas, guru hendaklah melaksanakan sendiri tugas tersebut. Guru yang terlibat tidak dibenarkan mengarahkan orang lain melaksanakan tugas tersebut bagi pihak dirinya.
  4. Jika sesuatu tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan dipersetujui oleh pihak yang menggantikannya, Pengetua / wakilnya hendaklah diberitahu secara bertulis.
  5. Guru bertanggungjawab melaksanakan sendiri tugas-tugas yang diper-tanggungjawabkan kepadanya oleh pengetua seperti memungut wang, memegang kunci khas dan sebagainya.
  6. Guru bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh pengetua dengan betul, sempurna, mengikut peraturan dan menepati waktu.

 

PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PENYELIAAN BUKU PELAJAR

  1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD berkaitan dengan pencerapan P&P dan penyeliaan buku pelajar.
  2. Pencerapan dan penyeliaan dilaksanakan oleh Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM dan GPK Kokurikulum.
  3. Pencerapan P&P akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  4. Penyeliaan buku latihan pelajar dibuat secara berjadual. Guru diminta menyerahkan buku pelajar pada masa ditetapkan kepada GPK dengan menyerahkan Borang Penyerahan Buku Pelajar.

 

PENDAFTARAN KEMASUKAN / PERTUKARAN PELAJAR

Pendaftaran Kemasukan.

 Guru kelas bertanggungjawab:

  • Merekodkan kemasukan dan semua butiran pelajar dalam Buku Pendaftaran Sekolah dan Register kelas.
  • Menyemak semua dokumen pelajar dan maklumat yuran disertakan dari sekolah asal. Kemukakan surat kepada pengetua sekolah asal melalui pengetua sekolah jika dokumen dan maklumat yuran tidak disertakan / tidak lengkap.
  • Guru kelas perlu memastikan maklumat peperiksaan jika pelajar berada di tingkatan 3 & 5. Maklumkan setiausaha peperiksaan PMR / SPM untuk tindakan selanjutnya.

 

Pendaftaran Pertukaran

Guru kelas bertanggungjawab memastikan bahawa:

  • Pengesahan pertukaran hanya diterima atas permintaan ibu bapa / penjaga yang datang sendiri membuat permohonan ke sekolah.
  • Guru kelas hendaklah menyediakan dokumen pertukaran, dokumen-dokumen pelajar, maklumat bayaran yuran dan maklumat peperiksaan .
  • Guru kelas hendaklah memastikan semua buku teks dipulangkan atau kehilangan / kerosakan buku teks diganti sebelum menyerahkan perkara b) di atas.
  • Guru kelas hendaklah memaklumkan perihal pertukaran pelajar kepada setiausaha peperiksaan dan guru SPBT bagi diambil tindak ikut selanjutnya jka terdapat perkara-perkara yang belum selesai.

 

  1. Melaksanakan arahan pengetua / wakilnya dari semasa ke semasa ber-hubung kemasukan pertukaran pelajar.
  2. Semasa borang pemohonan pertukaran dan kemasukan pelajar mesti disahkan / di tandatangani oleh Pengetua.

 

BILIK DARJAH / KELAS

  1. Sebelum memulakan pengajaran, guru bertanggungjawab menentukan dahulu bilik darjah bersih dan ceria dengan kerusi meja pelajar tersusun rapi.
  2. Guru waktu terakhir bertanggungjawab memastikan pintu bilik darjah ditutup selepas tamat waktu persekolahan.

 

ORANG LUAR BERJUMPA GURU

  1. Orang luar termasuk jurujual tidak dibenarkan berjumpa guru dan pelajar tanpa mendapat kebenaran Pengetua.
  2. Guru hendaklah mengarahkan orang luar yang hendak berjumpa guru atau pelajar mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu jika kebenaran belum diperolehi.
  3. Orang luar termasuk ibu bapa atau penjaga dilarang berjumpa guru atau pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

 

PUNGUTAN YURAN PERSATUAN / KELAB / BADAN BERUNIFORM / KELAS

  1. Semua pungutan hendaklah direkodkan dalam akaun kewangan unit.
  2. Guru penasihat / unit hendaklah sentiasa menyemak dan mengesahkan maklumat kewangan unit berkenaan.
  3. Wang pungutan daripada ahli unit hendaklah disimpan oleh guru dan tidak boleh disimpan oleh pelajar.

 

MENYEMAK DAN MEMERIKSA BUKU PELAJAR.

  1. Guru wajib menyemak dan memeriksa buku pelajar selepas memberi nota, latihan dan tugasan bagi memastikan pelajar membuat tugas yang diberikan. Buku-buku tersebut hendaklah dikembalikan dengan segera
  2. Guru hendaklah mencatatkan tandatangan, tarikh, markah / gred / kata-kata perangsang / nasihat atau komen.
  3. Guru hendaklah mengarahkan pelajar membuat pembetulan kepada kesalahan yang dlakukan dan hendaklah disemak oleh guru.
  4. Guru tudak dibenarkan menyuruh pelajar menghantar buku untuk tujuan semakan pada waktu P&P . Minta pelajar menghantar pada waktu rehat atau waktu tamat persekolahan hari berkenaan.

 

UJIAN DAN PEPERIKSAAN

  1. Ujian dan peperiksaan hendaklah diadakan mengikut jadual dan jangka masa yang ditetapkan.
  2. Soalan yang telah siap dibahagikann mengikut kelas-kelas hendaklah dihantar kepada unit peperiksaan untuk disimpan 2 hari sebelum ujian / peperiksaan.
  3. Unit peperiksaan bertanggungjawab mengagihkan kertas soalan tersebut kepada guru pada hari peperiksaan.
  4. Bagi peperiksaan setengah tahun dan akhir tahun format soalan dan masa hendaklah selaras dengan format PMR dan SPM sebenar.
  5. Guru subjek hendaklah memeriksa dan markah hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan mengikut tarikh yang ditetapkan.
  6. Guru tingkatan hendaklah memproses dan menganalisis markah serta keputusan.
  7. Guru peperiksaan hendak menganalisis keseluruhan keputusan ujian dan peperiksaan dan menyerahkan kepada Pengetua.

 

PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

  1. Semua guru diwajibkan hadir perhimpunan rasmi sekolah.
  2. Perhimpunan rasmi sekolah di adakan pada setiap hari Isnin 7.30 pagi hingga 8.10 pagi di Dewan Utama.
  3. Guru bertugas pada minggu tersebut bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan.
  4. Guru bertugas minggu lepas hendaklah memberikan laporannya semasa perhimpunan.
  5. Perhimpunan rasmi kokurikulum diadakan pada hari Rabu. Semua guru diwajibkan hadir. Perhimpunan ini dikendalikan oleh murid. Murid dikehendaki memakai pakaian unit uniform masing-masing.
 

PENGETUA
Encik Jamil Bin Sajuri

MOTTO RASMI
Ilmu Teras Kualiti

VISI RASMI KPM
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI RASMI KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT STRATEGIK
Melahirkan Pelajar Minda Kelas Pertama Yang Berbudaya Saing di Peringkat Global, Progresif dan Inovatif Selari Dengan Aspirasi Sekolah Berprestasi Tinggi.